Tuesday 17 January 2012

:: MUHASABAH DIRI::

10 musabah diri yg ingin dikongsi bersama... kredit utk Cik Salmiah ....TQVM. Renung2 kan & selamat beramal


Muhasabah Diri 1
PESAN IMAM AL-GHAZALI TENTANG KAWAN

1. Pilih kawan yang berakal, jangan pilih kawan yang bodoh kerana ia akan menjadi musuh dan akan menyakitkan hati.

2. Pilih kawan yang berakhlak, jangan pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya.

3. Pilih kawan yang soleh, jangan pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa & maksiat.


4. Pilih kawan yang bersederhana, jangan pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun berbisa kepada sifat pemurah.

5. Pilih kawan yang bercakap benar, jangan pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana ia akan memusnahkan jiwa.


Muhasabah Diri 2
Jangan lupa kesenangan itu juga satu ujian dari Allah swt. Tanyalah diri kita berapa
banyakkah nikmat yg Allah berikan diinfak ke jalan Allah swt, bukan hanya untuk kepuasan diri sendiri sahaja


Muhasabah Diri 3
Ketika ALLAH rindu pada hambaNya, Dia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yg isinya adalah ujian. Dalam hadith qudsi ALLAH berfirman: "Pergilah pada hamba Ku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya." (HR Thabrani dari Abu Umamah)

Muhasabah Diri 4
Orang yang tak suka berzikir mengingati Allah biasanya suka cakap yang bukan-bukan. Jika ada tanda-tanda bibir kita tak berhenti menyumpah seranah, mencari-cari kesilapan orang lain, menyalahkan keadaan dan takdir hari ini, maka sedarlah bahawa anda telah dijangkiti penyakit teruk. Lidah memang berkait rapat dengan hati, jika hati sakit, lidah pun meracau tak tentu hala. Mencari mangsa siapa saja yang berada di sekeliling samada anak-anak, suami, mertua, rakan-rakan atau ipar duai, semua serba tak betul padahal ia sebenarnya berpunca daripada hati dan perasaan anda yang tidak stabil!

Muhasabah Diri 5
Zikrullah, mengingat Allah, menyebut nama Allah, merasakan kehadiran Allah, menyedari bahwa Allah sentiasa mengawasi diri kita, dimanapun, kemanapun, dan bila2 pun,Allah selalu melihat, menyaksikan dan mengetahui perbuatan kita. Jika ini betul-betul tertanam kuat dalam hati, insya Allah setiap kata yang kita ucapkan, setiap sesuatu yang kita inginkan,fikirkan akan selalu kita jaga dan arahkan pada apa yang Allah redhoi.

Maka...ketika kita cinta,maka cinta itu kerana Allah. Apabila kita ingin marah, marah itu kerana Allah. Jika kita ingin bersedekah, maka sedekah itu kerana Allah. Apabila kita ingin berkata, perkataan itu demi mengharapkan redho Allah. Dan tentu hidup seperti ini begitu indah...


Muhasabah Diri 6
Hidayah Allah tidak mengenal usia. Kadangkala, seorang anak mendapat hidayah terlebih dahulu daripada ibunya. Oleh kerana itu, mohonlah hidayah Allah dengan airmata bukan air liur. Jangan pernah berhenti berdoa sebelum hidayah Allah menghuni jiwa. Kasih Allah itu lebih luas daripada kesalahan dan kealpaan diri kita. Pengampunan Allah itu lebih besar daripada dosa yang pernah kita lakukan. Sungguh Allah itu dekat apabila kita berusaha mendekatkan diri kepada-Nya.

Muhasabah Diri 7
Jika ingin bahagia, jangan beratkan kepala dengan hal remeh-temeh yang langsung tidak memberi pahala malah menambah dosa dan kebuntuan minda sahaja.... hiduplah dengan tenang. dipuji pun tenang, dikeji pun tenang...

Muhasabah Diri 8
*Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada 70 lelaki soleh 
*seorang wanita yang jahat lebih buruk daripada 1000 lelaki jahat 
*wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa. setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji 
*balaslah kasih sayang Allah dengan menutup aurat dan menjaga akhlak

Muhasabah Diri 9
APA FAEDAHNYA INGAT MATI SEDANGKAN KITA MAHUKAN DUNIA?

Firman Allah yang bermaksud "Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat." Surah Ali Imran ayat 185. Rasulullah SAW bersabda "Sebelum berlakunya Hari Qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi"

Kita masih dan sedang merancang hendak besarkan lagi rumah yang sudah besar. Sedang berkira-kira hendak ambil loan untuk dapat kereta baru. Bersuka-suka dengan perempuan yang tidak halal. Ingin bahkan rebut jawatan, pangkat, gaji besar supaya dapat berbangga, menunjuk-nunjuk, bermewah-mewah. Gila puji, gila dunia, sombong, takabur, dengki, dendam, bakhil dan macam-macam lagi sifat jahat lahir mahupun batin yang kita jadikan mainan hidup kita.

Walhal kalau kita sedar dan rasa yang kita akan mati, tentulah semua kejahatan itu dapat kita elakkan. Tentu rumah yang ada sudah cukup, bahkan mungkin hendak dikecilkan lagi, sebab takut dihisab nanti. Tentu tidak ambil riba lagi dan tidak bantu bank-bank riba. Bahkan duit-duit simpanan pun dikeluarkan dari bank dunia dimasukkan ke bank akhirat. Tentu sudah takut hendak bergaul bebas dengan perempuan yang haram bagi kita. Bahkan hendak pandang pun takut. Takut zina mata. Takut mata itu nanti dibakar oleh api neraka. Sudah takut hendak pegang jawatan besar dan gaji besar sebab itu semua akan memberatkan dan menyusahkan hisab di Padang Mahsyar. Takut hendak bermewah apalagi membazir, kerana takut tidak dapat jawab dan tidak lepas dari hukuman Allah. Sebab itu semua itu di serahkan kepada tabung jihad, tabung akhirat. Dengan harapan untuk bermewah di akhirat.


Muhasabah Diri 10
"Jangan pandang hina pada orang yang sedang lalai, jauh dari agama. Siapa tahu, kelak dia balik kepada islam dan menjadi lebih elok dari kita. Jangan pandang hina orang yang bergelumang dengan maksiat. Siapa tahu kita yang sering solat Lima waktu di surau, di masjid, bagaimana akhir usia kita?" ~HIDAYAH itu RAHSIA ALLAH. Kasih sayang ALLAH melebihi kemurkaanNYA~

Wassalam

No comments:

Post a Comment