Wednesday 18 January 2012

::ILMU::

PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim 

Tuesday 17 January 2012

:: MUHASABAH DIRI::

10 musabah diri yg ingin dikongsi bersama... kredit utk Cik Salmiah ....TQVM. Renung2 kan & selamat beramal


Muhasabah Diri 1
PESAN IMAM AL-GHAZALI TENTANG KAWAN

1. Pilih kawan yang berakal, jangan pilih kawan yang bodoh kerana ia akan menjadi musuh dan akan menyakitkan hati.

2. Pilih kawan yang berakhlak, jangan pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya.

3. Pilih kawan yang soleh, jangan pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa & maksiat.


4. Pilih kawan yang bersederhana, jangan pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun berbisa kepada sifat pemurah.

5. Pilih kawan yang bercakap benar, jangan pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana ia akan memusnahkan jiwa.


Muhasabah Diri 2
Jangan lupa kesenangan itu juga satu ujian dari Allah swt. Tanyalah diri kita berapa
banyakkah nikmat yg Allah berikan diinfak ke jalan Allah swt, bukan hanya untuk kepuasan diri sendiri sahaja


Muhasabah Diri 3
Ketika ALLAH rindu pada hambaNya, Dia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yg isinya adalah ujian. Dalam hadith qudsi ALLAH berfirman: "Pergilah pada hamba Ku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya." (HR Thabrani dari Abu Umamah)

Muhasabah Diri 4
Orang yang tak suka berzikir mengingati Allah biasanya suka cakap yang bukan-bukan. Jika ada tanda-tanda bibir kita tak berhenti menyumpah seranah, mencari-cari kesilapan orang lain, menyalahkan keadaan dan takdir hari ini, maka sedarlah bahawa anda telah dijangkiti penyakit teruk. Lidah memang berkait rapat dengan hati, jika hati sakit, lidah pun meracau tak tentu hala. Mencari mangsa siapa saja yang berada di sekeliling samada anak-anak, suami, mertua, rakan-rakan atau ipar duai, semua serba tak betul padahal ia sebenarnya berpunca daripada hati dan perasaan anda yang tidak stabil!

Muhasabah Diri 5
Zikrullah, mengingat Allah, menyebut nama Allah, merasakan kehadiran Allah, menyedari bahwa Allah sentiasa mengawasi diri kita, dimanapun, kemanapun, dan bila2 pun,Allah selalu melihat, menyaksikan dan mengetahui perbuatan kita. Jika ini betul-betul tertanam kuat dalam hati, insya Allah setiap kata yang kita ucapkan, setiap sesuatu yang kita inginkan,fikirkan akan selalu kita jaga dan arahkan pada apa yang Allah redhoi.

Maka...ketika kita cinta,maka cinta itu kerana Allah. Apabila kita ingin marah, marah itu kerana Allah. Jika kita ingin bersedekah, maka sedekah itu kerana Allah. Apabila kita ingin berkata, perkataan itu demi mengharapkan redho Allah. Dan tentu hidup seperti ini begitu indah...


Muhasabah Diri 6
Hidayah Allah tidak mengenal usia. Kadangkala, seorang anak mendapat hidayah terlebih dahulu daripada ibunya. Oleh kerana itu, mohonlah hidayah Allah dengan airmata bukan air liur. Jangan pernah berhenti berdoa sebelum hidayah Allah menghuni jiwa. Kasih Allah itu lebih luas daripada kesalahan dan kealpaan diri kita. Pengampunan Allah itu lebih besar daripada dosa yang pernah kita lakukan. Sungguh Allah itu dekat apabila kita berusaha mendekatkan diri kepada-Nya.

Muhasabah Diri 7
Jika ingin bahagia, jangan beratkan kepala dengan hal remeh-temeh yang langsung tidak memberi pahala malah menambah dosa dan kebuntuan minda sahaja.... hiduplah dengan tenang. dipuji pun tenang, dikeji pun tenang...

Muhasabah Diri 8
*Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada 70 lelaki soleh 
*seorang wanita yang jahat lebih buruk daripada 1000 lelaki jahat 
*wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa. setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji 
*balaslah kasih sayang Allah dengan menutup aurat dan menjaga akhlak

Muhasabah Diri 9
APA FAEDAHNYA INGAT MATI SEDANGKAN KITA MAHUKAN DUNIA?

Firman Allah yang bermaksud "Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat." Surah Ali Imran ayat 185. Rasulullah SAW bersabda "Sebelum berlakunya Hari Qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi"

Kita masih dan sedang merancang hendak besarkan lagi rumah yang sudah besar. Sedang berkira-kira hendak ambil loan untuk dapat kereta baru. Bersuka-suka dengan perempuan yang tidak halal. Ingin bahkan rebut jawatan, pangkat, gaji besar supaya dapat berbangga, menunjuk-nunjuk, bermewah-mewah. Gila puji, gila dunia, sombong, takabur, dengki, dendam, bakhil dan macam-macam lagi sifat jahat lahir mahupun batin yang kita jadikan mainan hidup kita.

Walhal kalau kita sedar dan rasa yang kita akan mati, tentulah semua kejahatan itu dapat kita elakkan. Tentu rumah yang ada sudah cukup, bahkan mungkin hendak dikecilkan lagi, sebab takut dihisab nanti. Tentu tidak ambil riba lagi dan tidak bantu bank-bank riba. Bahkan duit-duit simpanan pun dikeluarkan dari bank dunia dimasukkan ke bank akhirat. Tentu sudah takut hendak bergaul bebas dengan perempuan yang haram bagi kita. Bahkan hendak pandang pun takut. Takut zina mata. Takut mata itu nanti dibakar oleh api neraka. Sudah takut hendak pegang jawatan besar dan gaji besar sebab itu semua akan memberatkan dan menyusahkan hisab di Padang Mahsyar. Takut hendak bermewah apalagi membazir, kerana takut tidak dapat jawab dan tidak lepas dari hukuman Allah. Sebab itu semua itu di serahkan kepada tabung jihad, tabung akhirat. Dengan harapan untuk bermewah di akhirat.


Muhasabah Diri 10
"Jangan pandang hina pada orang yang sedang lalai, jauh dari agama. Siapa tahu, kelak dia balik kepada islam dan menjadi lebih elok dari kita. Jangan pandang hina orang yang bergelumang dengan maksiat. Siapa tahu kita yang sering solat Lima waktu di surau, di masjid, bagaimana akhir usia kita?" ~HIDAYAH itu RAHSIA ALLAH. Kasih sayang ALLAH melebihi kemurkaanNYA~

Wassalam

Tuesday 13 December 2011

Panassssss...... terasa ke?????

Baru ckit aku update blog aku kau dah terasa ke??.Yg aku th aku mmg x sentuh apa2 pun lg cite yg kau dah buat psl aku, kau dah melatah ke??. Tapi bagus gak sekurang2 nyer org lain dah tahu apa yg kau dah buat selama nie....nak mengadu, nak menagis, nak merempan silakannnnnn ADA AKU KISAH.....masih x nak mengaku kesalahan sendiri?????? atau masih nak menuding jari kat org lain???? lupa semua tu kan dah jd darah daging kau kan ... apa ada hal. 
Lepas nie aku nak tgk sape plk mangsa kau seterusny, herrrmmmm aku dah tau tp aku x nak lah sebut skrg org kata x surprise lah. Biasalah hidup kau kan suka bermuka2..... Lepas nie mengadu2 dan teruskan lah mengadu untung sabut timbul, untung batu tenggelam heeerrmmm, aku rasa org mcm kau nie mmg x pernah & x akan berubah kut .... KESIANNNNN ok lah akak blah dulu...sayonara



Tuesday 6 December 2011

Mak nak cite ckit...... ada aku kisah?????

Cite psl si polan ni kita pggl dia "A" jer... mls nak taip nama dia buang masa aku jer kan... Dah lama aku syak dia nie cuma x de bukti kukuh jer, tp bila Allah nak tunjukkan sape sebenarnya dia ni mmg aku menyirap tahap gaban lah kan. 
Aku rasa cam nak lempang jer si "A" ni sbb dia mmg jenis lidah bercabang mana x nya depan aku dia ckp manissss nya tp belakang aku baik pyr dia burukkan aku... tang tu aku cukup pantang....klu setakat mengutuk aku yg memang sedia laser ni x per gak tp spai tabur pasir kat periuk nasi aku tu dah KURANG AJAR namanya. 
Aku th Si "A" skrg nie tgh bergumbira coz dah dpt apa yg dihajatkan tp jgn lupa ya kau dpt habuan drpd kejatuhan org lain. Aku jgk pernah berada diatas tp aku x pernah jatuhkan kengkawan aku sendiri & x pernah nak burukkan sape2 hanya nak tunjuk yg aku sorang jer yg pandai buat kerja.... ingat tu!!!
Sejahat2 aku, aku x de nak tikam kawan sendiri & sebodoh2 aku, aku x pernah aniaya org lain hanya utk kepuasan sendiri itu yg membezakan antara kau & aku....Atas apa yg kau dah buat apa aku selama nie aku mmg x kan maafkan kau DUNIA & AKHIRAT....ingat tu.
Pd aku semua tu berbaloi sbb kau sendiri x de rasa segan silu reka cite mcm2 yg aku x buat kerja langsung kan??? mcm mana aku sakit hati bila org dah x pandang aku ckit pun mcm tulah jgk aku nak kau rasa.
Klu ikutkan hati aku yg panas nie nak jer aku telanjangkan kau kat depan kengkawan semua cite sape diri kau tu yg sebenarnya... dasar busuk hati.... klu x puas hati jumpa aku sendiri. Aku x pernah marah org tahap gaban tp apa yg kau buat pd aku memang aku x leh nak terima sbb kau dah kacau rezeki anak2 aku tau... kau kena ingat aku x kan berdiam diri lepas nie klu kau berani usik aku mcm tu jgk aku akan buat balik.... tggu jer masa nyer nanti.
 

Monday 21 November 2011

Apa kata anda????


Assalammualaikum....
Aku nak cite ckit pasal BB sitter aku yg pandai sangat main wayang setiap kali aku hantar & ambik anak2 aku pagi & petang.
Selama nie aku x terfikir langsung benda jd spai tahap kritikal coz aku blh nampak emosi anak2 aku agak terganggu lately.
Tp bila aku tanya betul2 anak2 aku slm br aku th citer yg sebenarnya......luluh hati aku bila anak2 cite camni...
1) selalu kena marah dgn anak bb sitter & x bg kluar bilik dr pg spai petang melainkan utk makan & mandi 
- boleh bayangkan x blk yg anak2 aku duduk tu x de lampu mmg manjang gelap sbb dia kata lampu rosak & rasanya dkt 3 bln kut x repair2
2) Anak aku yg no. 2 selalu ckp x mau gie umah dia sbb x dpt tgk tv (yelah klu dah berejam2 kena ddk dlm blk jer apa cer??? or maybe dia tkt tv 51 inci dia rosak kut klu anak2 aku tgk agaknya)
3) BB tido & main dlm bilik gelap tu jer mmg dia x kasi kluar atas alasan tkt anak dia gigit bb aku 
-  Boleh bygkan x bb aku duk dlm gelap seharian ~ spai nyer hati dia, klu anak dia aku buat camtu apa dia rasa kan???
Dari pagi semalam hati aku membengkak klu nak di ikutkan dah lama dah tp disebabkan aku nie jenis yg tak berkira and penyabar sangat2 jd aku bertahan tahap gaban.
Tapi bila melibatkan hal anak2 aku rasa x wajar klu aku terus mendiamkan diri jer sbb anak2 yg menjadi mangsa keadaan.



So mlm td aku & hby dah buat keputusan nak cari bb sitter lain sbb aku x sanggup nak biar kan anak aku kena dera camtu gitu. 
W'pun sebelum nie dia byk buat hal aku tetap sbr & x pernah nak sound dia bila suka hati mak bpk dia nak cuti w'pun dah byk kali aku ckp aku mmg dah x de cuti tau. 
Banyak kali gak lah aku tpaksa htr anak2 gie umah bb sitter lain sbb nak bg dia cuti + byr extra tau.
Kadang2 aku terfikir salah aku ker spai benda nie jd cam gini????? 




Tuesday 1 November 2011

:: Buah hati mama - ZIqry::


Hari nie teringin nak share kan gambo2 Ziqry masa dia bb spai lah dia dah beso ckit......yelah dulu2 x de camera digital so adalah scan gambo dia beberapa keping. Masa nie excited + best giler coz 2 kali miscarriage & 3rd time br lekat, syukur sgt2. So pd yg kawin tp x dpt bb lg tu bersabar byk2 insyaallah rezeki korang pun akan ada gak tp camna pun kena usaha lebih ok.... 

 :: Ziqry - 4 days old ::
 :: Ziqry - 44 days old ::
 :: Ziqry - 5 mth olds ::

 :: Ziqry - 6 mths old ::
 Ziqry - 7 mths olds ::


:: 1st yr besday ::

 :: 1 tabiat dia masa tecik2 suka hisap jari ::

 :: Ziqry - 2 yrs old at P. Redang ::



:: with 2 aweks ... siap peluk tu he..he.. jgn mare aaaa...:: 

 :: Ziqry & Zaquan ::

 :: Kat Pizzahut di pg Raya ..herrmmm.. apa kes?? ::

:: At Langkawi Island ::

:: At P. Perhentian ::

:: At Genting Highland ::

:: with my new friends ::

:: OTW to P. Pangkor ::

:: Gebu x saya?? ::

:: At Bagan Lalang ::

 :: mandi time ::

 :: Sesi buli abang ::

 :: share kemenangan with Baba & friends ...Liverpool ::

:: skrg dah tukar dia kata dia minat M. City pulak.... apa kes?? ::

 :: Rock ...Yeah ...yeahh ::

 :: At PD - cuti2 ::


Sekarang anak mama dah besar, mama doakan semoga anak mama nie berjaya dunia & akhirat .. semoga jd anak yg soleh k... LUV U FORERER 

Monday 31 October 2011

:: Dugaan ::

Beberapa bulan yg lepas anak2 ku menjadi mangsa chiken pox, rasa cam nak nangis pun ada bila sorang demi sorang berjangkit. X tau nak cakap apa melainkan dr banyak kan bersabar & tawakal & try mcm2 petua utk meredakan derita dia org. Memang kesian lebih2 lg si kecil ku Aidan seminggu x tido mlm & aku plak tpaksa tido berdiri ....cukup derita...


Si abg yg tpaksa bersabar dgn segala hal sbb abg kan sakit...hu..hu


Si macho nie  sakit ke x sakit camtu gak peace mama kata dia ...

 :: Ni yg x sggp nak tgk ... luluh hati mama ::

Bukan setakat anak2 je yg derita tapi hampir seluruh keluarga aku gak jd mangsa antaranya Acik Fizah, Acik Sue & Bonda ku sendiri. Mintak2 lps nie x nak kena lg dah ....... so pd kengkawan semua Take Care.